Kata-Kata Motivasi Pembakar Semangat Untuk Berjaya


Pernah tak anda rasa disaat anda terjatuh atau berada dibawah tekanan hidup untuk mencapai kejayaan yang besar, amat payah untuk bangun dan menggapai kembali apa yang anda inginkan. Nak teruskan melangkah pun terasa malas dan tidak bermaya lagi.

Untuk menyuntik semula semangat anda yang hilang itu, maka anda haruslah bermotivasikan diri. Gali balik apa kesilapan sebelum ini yang anda lakukan.


Motivasi diri dapat diperoleh dari berbagai sumber, salah satunya dengan kata kata motivasi. Sedikit sebanyak ia dapat membantu memperbetulkan keadaan supaya anda menjalani hidup dengan lebih sempurna dan menempa kejayaan.

Motivasi memang merupakan suatu hal yang sangat penting, tanpa adanya sebuah motivasi dalam melakukan sesuatu perkara maka perkara tersebut tidak akan berjalan lancar dan tiada tindakan. Oleh itu anda harus tanamkan kata-kata motivasi ini didalam diri anda selalu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

Kata-Kata Motivasi Pembakar Semangat Untuk Berjaya

1. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan

2. Tidak penting berapa lama kita hidup, yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup

3. Tanpa tindakan, anda tidak akan sampai kemana-mana

4. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

5. Ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula menentukan kebahgiaan

6. Anda tidak akan berasa penat sekiranya anda melakukan perkara yang anda suka

7. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

8. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu menguruskan masalah. Orang yang berjaya adalah orang yang mampu menangani segala masalahnya

9. Semangat yang kuat, mampu mengatasi apa jua rintangan yang datang

10. Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci

11. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan, seluruh kehidupan adalah ujian

12. Jangan sesali apa yang sudah pergi, jangan tangisi apa yang sudah tiada, tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi

13. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan di luar kemampuan orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekali pun

14. Apabila anda sudah kaya, fikirkanlah kembali saat anda pernah miskin dahulu

15. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari

16. Waktu itu ibarat pedang yang bila digunakan dengan baik akan membawamu pada sebuah keberuntungan dan sebaliknya jika engkau lalai ia akan membunuhmu.

17. Jika kamu tidak mampu memimpikan masa depanmu, maka kamu adalah orang yang tidak tahu kemana tujuan hidupmu.

18. Ketika masalah datang menghampirimu, jangan berharap ia mudah, namun berharaplah bahawa ia akan membuat dirimu lebih dewasa.

19. Jangan pernah menitiskan air mata ketika kalah, kerana kekalahan itu mengajarkan padamu bagaimana cara untuk meraih kemenangan.

20. Esok pasti ada, tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat dan bersedialah untuk menghadapi hari esok serta hari yang akan datang.

21. Jika anda tidak percaya anda boleh berjaya, anda akan berkelakuan seperti orang yang kecundang.

22. Jika anda tidak membuat pilihan dalam hidup, perkara yang anda tidak pilih akan datang kepada anda.

23. Anda perlu berusaha setiap hari, bukannya mencari pelbagai alasan.

24. Kejayaan adalah seperti seekor rama-rama. Sangat susah untuk menangkapnya, anda perlu menarik perhatiannya.

25. Hanya ada seorang sahaja yang mampu mengubah hidup anda dan menjadikan anda lebih hebat, iaitu anda sendiri.

26. Jika anda ingin berjaya dalam sesuatu bidang, belajarlah belajar belajar dan terus belajar.

27. Penuhilah minda anda dengan perkara-perkara yang positif setiap hari, maka tiada ruang untuk perkara yang negatif.

28. Orang yang telah mencatat sejarah, tidak menunggu untuk diberitahu apa yang perlu dilakukan.

29. Anda tidak akan lebih hebat daripada hari ini jika anda masih melihat diri seperti kelmarin.

30. Dapatkan satu impian Besar, dengan pengetahuan dan sikap yang positif, mulalah bertindak. Pasti anda akan capai impian itu.

Mungkin banyak lagi kata-kata motivasi diluar sana yang boleh kita jadikan panduan hidup, sebenarnya suatu yang kita impikan akan mudah diperolehi jika kita berusaha dan sentiasa berfikiran positif. Setiap perkara yang kita lakukan untuk berjaya pasti ada jalan untuk mencapainya.

Terima kasih kerana membaca, semoga bermanfaat pada semua.


2 Responses to "Kata-Kata Motivasi Pembakar Semangat Untuk Berjaya"