Cari Duit Tambahan Dengan Menjadi Dropship

Apa Itu Dropship? Mungkin ramai yang dah tahu atau dah pernah dengar tentang apa itu dropship. Akan tetapi ada juga yang masih tertanya-tanya bagaimanakah perniagaan dropship ini dijalankan. Dropship adalah satu cabang perniagaan di internet yang mudah.

Dropship ialah satu sistem perniagaan yang mana anda sebagai agen tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu packing barang, tidak perlu mengepos barang malah anda tidak perlu mengeluarkan modal. Semuanya diuruskan oleh supplier atau pembekal. Mudah dan jimat kan.

Kaedah Dropship Sila Lihat Gambar Dibawah :


  1. Anda mempromosikan produk atau barangan di mana-mana sahaja.
  2. Pembeli membeli produk tersebut dengan anda.
  3. Pembeli membayar anda dengan harga pasaran.
  4. Anda sebagai agen membayar kepada pembekal dengan harga agen yang diberikan oleh pembekal, keuntungan anda simpan.
  5. Pembekal yang akan menghantar produk tersebut kepada pembeli.


Tips untuk menjadi dropshipper yang berjaya:

1. Cari produk yang popular

2. Mencari pembekal yang dipercayai

3. Barang atau produk mesti dicuba dahulu

4. Fokus hanya satu produk sahaja

5. Mempunyai ramai rakan di media sosial

6. Bina fanpage di facebook dan instagram

7. Usaha gigih dan tak berputus asa


Bisnes dropship boleh dibuat dimana-mana sahaja asalkan ada internet, laptop ataupun smartphone. Kebanyakkannya dropship akan berhubung dengan dengan supplier mengunakan aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.

Mudah dan jimat, tugas dropship adalah mempromosi. Keuntungan dropship bergantung pada harga yang anda mark up. Walaubagaimanapun, anda perlu mempunyai kepakaran atau mencipta sesuatu dalam membuat promosi. Anda mampu memperoleh pendapatan 3 hingga 5 angka sebulan dengan program dropship ini.

Semoga bermanfaat, sekian, terima kasih.

0 Response to "Cari Duit Tambahan Dengan Menjadi Dropship"

Post a comment