9 Cara Mudah Tingkatkan Engagement Di Facebook



Likes, komen, dan share di facebook anda sendu!!

Apa itu engagement?

Engagement di facebook berupa like, komen dan share di facebook post anda. Jika anda update status tetapi tiada like, komen dan share bermakna post anda tiada langsung engagement.

Status anda mungkin dilihat orang tetapi tiada siapa yang berminat untuk like atau komen. Anda boleh rujuk page insight jika anda menggunakan Fan Page.

Interaksi atau engagement antara anda dan pelanggan atau followers sangat diperlukan serta membantu dalam strategi facebook marketing anda, terutamanya anda seorang usahawan online yang ingin meningkatkan jualan. Baca berikutnya jika anda ingin mengetahui cara mudah tingkatkan engagement di facebook.

9 Cara Mudah Tingkatkan Engagement Di Facebook

Bagaimana cara nak tingkatkan engagement di facebook anda?

1. Facebook Live

Facebook live antara yang popular pada masa kini. Satu cara yang paling pantas berbanding dengan yang lain.

Anda boleh gunakan facebook live dan berinteraksi dengan orang mengenai aktiviti bisnes anda, memberi info, cara guna produk serta banyak lagi.

2. Kata-Kata Motivasi

Post kata-kata motivasi atau kata-kata semangat, bukan untuk audience sahaja tapi buat diri anda juga supaya sentiasa berada dalam keadaan positif.

3. Buat Contest

Sekali sekala buat contest, hadiah wang tunai atau produk yang anda jual.

Buat syarat dan suruh audience share post contest tu serta komen.

4. Buat Poll Post

Antara cara mudah untuk berinteraksi dan dapatkan engagement adalah dengan buat poll post.

Anda hanya perlu buat satu soalan sahaja dan wujudkan 2 atau 3 pilihan jawapan pada soalan tersebut.

5. Aktiviti Semasa

Paling mudah anda boleh update apa-apa sahaja aktiviti bisnes anda.

Tengah packing produk nak pergi pos laju ke, tengah menjahit tudung ke apa-apa je la aktiviti yang berkaitan bisnes anda.

6. Tips Dan Petua

Anda juga boleh share tips-tips atau petua yang merujuk pada bisnes anda.

Contoh anda jual produk skincare, so tips dan petua anda mestilah berkaitan dengan penjagaan kulit.

7. Gambar Atau Video Yang Menarik

Penggunaan gambar yang cantik dan beremosi, mampu menaikkan reach di page anda. Bak kata orang 1 gambar tapi ada 1001 makna, hah camtu la gambarannya.

Kalau video pula mesti berkualiti, menarik dan lebih profesional.

8. Headline Atau Tajuk Yang Power

Kadang-kadang kalau kita baca paper pun mesti tengok tajuk yang menarik baru teringin nak baca.

So, carilah tajuk power yang boleh buat audience terpaku dan tak sabar-sabar nak tahu.

9. Call To Action

Selalunya di akhir posting anda, jangan biar mati tersekat camtu sahaja, suruh la audience anda Like, Komen dan Share.

Contoh : Komen " saya nak tahu ".

Kenapa Orang Tidak Mahu Baca Post Anda?

1. Terlalu banyak watak, kadang-kadang tu sampai tak sedar cerita tu macam membawang je.

2. Emosi yang keterlaluan atau tampak negatif.

3. Selalu share perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri dan perniagaan anda.

4. Post tentang luahan perasaan.

Ok itu saja. Cuba jangan tak cuba ye, semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda semua. Sekian terima kasih.

0 Response to "9 Cara Mudah Tingkatkan Engagement Di Facebook"

Post a comment