Buat Duit Online Dengan Afilliate

Ramai orang sekarang sudah terbuka minda dan hati untuk menjana pendapatan melalui internet. Selain berniaga online, ada sebuah program yang best untuk anda buat duit online dan mempromosikannya di pelbagai platform. Program yang saya katakan adalah Affiliate.

Tahukah Anda Apa Itu Affiliate?

Program affiliate ialah sebuah program agen di Internet. Bermaksud, anda (affiliate) akan bertindak sebagai agen (orang tengah) , mempromosikan produk pihak lain (usahawan / syarikat) dan kemudiannya, anda akan mendapat bayaran (komisen) jika ada pembeli yang membeli produk tersebut melalui link affiliate anda.

Buat Duit Online Dengan Afilliate

Antara syarikat yang mengadakan program affiliate adalah seperti :


Dan banyak lagi.

3 Kelebihan Program Affiliate

1. Bekerja Dari Rumah Dan Dimana-mana Saja.

Anda boleh lakukan kerja-kerja promosi dimana-mana sahaja asalkan ada internet. Ketika bersama keluarga atau balik kampung tiada alasan untuk anda buat duit masuk selalu dalam akaun.

Kecanggihan teknologi sekarang dihujung jari dan kuasa laman sosial memudahkan urusan affiliate ini dilakukan. Boleh saja promosikan melalui media sosial seperti group whatsapp, telegram,instagram dan lain-lain.

2. Rendah Risiko Tidak Perlu Memproses Order

Yang seronok jadi ejen affiliate adalah anda tak perlu bersusah payah nak uruskan produk, cuma fokus pada promosi.

Kalau anda promosikan link affiliate Lazada, pembeli akan buat tempahan dan bayaran di website Lazada, bukan pada anda.

Jadi, pembeli tak akan tau yang mereka telah membeli menggunakan link affiliate anda sebab tempahan dan bayaran semuanya dibuat terus di website.

3. Komisen Yang Lumayan

Dari segi jumlah komisen, untuk affiliate produk fizikal biasanya dalam 5% ke 10%. Kalau nak komisen yang lebih besar, andaboleh promosikan produk digital sebab biasanya komisen dalam 30% ke 50%.

Komisen untuk affiliate biasanya dibayar pada akhir bulan, ataupun bila jumlah komisen mencecah jumlah minima yang ditetapkan bergantung pada platform.

Cara Mempromosikan Affiliate

1. Anda boleh mempromosikannya diruang forum.

2. Promosi affiliate di media sosial facebook, instagram, twitter, google+ dan sebagainya.

3. Anda juga boleh guna platform video dan mempromosikannya di youtube.

4. Jika ada blog promosikan di blog anda dengan meletakkan link di dalam artikel dan juga banner yang disediakan pihak affiliate.

5. Pemasaran email juga boleh digunakan untuk promosi affiliate anda.

Anda mungkin juga ingin tahu tentang affiliate Involve Asia boleh baca disini Daftar Sebagai Affiliate Involve Asia

0 Response to "Buat Duit Online Dengan Afilliate"

Post a Comment