10 Tips Dan Ciri-Ciri Menjadi Usahawan Yang Berjaya

Jika anda berfikir untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya yang anda perlukan. Segalanya adalah untuk mempersiapkan diri anda apabila menghadapi pelbagai situasi yang tidak dijangkakan.


10 Tips Menjadi Usahawan Yang Berjaya

1. Buat.. buat.. buat.. Ramai yang ada idea bagus tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula dari kecil-kecilan.

2. Fokus kepada bisnes anda sendiri. Usah menhabiskan masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

3. Banyak bisnes gagal bukan kerana kekurangan idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa yang nak buat, kemudian tumpukan hanya satu bisnes tersebut sahaja.

4. Usah berhenti belajar. belajarlah dari sesiapa pun dan janganlah pilih bulu untuk belajar. Orang yang nampak biasa-biasa pun banyak ilmu yang boleh kita ambil. Jangan kita berasa sudah cukup pandai, ketika itulah kita menempah kegagalan.

5. Semua bisnes ada masalah dan cabaran. Apa pun yang terjadi jangan terlalu fokus pada masalah, cari penyelesaiannya. Percayalah, di hujung terowong yang gelap, ada cahayanya.

6. Berhenti salahkan orang lain. Orang berjaya berikan hasi, orang yang gagal berikan alasan

7. Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun, bawa bertenang.

8. Jangan terlalu mengharapkan pertolongan orang lain dalam bisnes kita. Kita usahawan, cubalah belajar dan buat sendiri.

9. Walaupun anda belajar dari sesiapa mentor atau sifu, bijaklah mengolah sendiri ilmu tersebut dan membuat keputusan sendiri.

10. Abaikan suara-suara sumbang yang memperlekehkan apa yang kita lakukan. Buktikan yang dia salah dengan menunjukkan hasil kejayaan anda.


Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Usahawan Yang Berjaya

Motivasi

Anda sebagai pemilik perniagaan yang bekerja keras perlu ada semangat bermotivasi untuk berjaya. Mengamalkan pemikiran ini dan mampu menunjukkan motivasi anda kepada pekerja-pekerja adalah sangat penting.

Anda perlu membawa semangat dan energi kepada semua tentang apa saja kerja yang anda lakukan dengan sikap yang positif supaya orang lain akan melihat anda bersemangat.

Visi

Bolehkah anda mengenal pasti cabaran untuk perniagaan anda? Bolehkah anda menangani segala tanggungjawab dan permasalahan perniagaan anda, sementara tetap fokus pada matlamat dan inisiatif jangka panjang?

Usahawan yang berjaya sentiasa memandang pada satu impian yang besar, dan keupayaan ini dapat menjadikan anda seorang yang lebih baik dan berjaya. "Visi adalah mengenai perancangan strategik,".

Kreativiti

Tidak peduli apa pun industri anda, lakukan kerja dengan idea-idea yang luar biasa kreatif. Bukan sekadar melaksanakan tugasan, tetapi juga menghasilkan cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu.

Itulah sebabnya penting untuk menjadi kreatif untuk selalu memikirkan cara-cara baru yang dapat meningkatkan alur kerja dan produktiviti.

Persuasif

Persuasif adalah komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi dan meyakinkan orang lain. Komunikasi persuasif boleh membuat anda seorang perunding yang lebih baik ketika menjalankan perniagaan.

Ada kalanya anda perlu meyakinkan pelanggan untuk mengambil tindakan tertentu, jadi anda perlu meyakinkannya ketika berkomunikasi.

Sabar Menghadapi Risiko

Setiap usahawan mahu mengembangkan perniagaan mereka, yang sering melibatkan risiko, perubahan dan persaingan.

Jadi, jangan takut mengambil risiko ketika mengejar pelanggan baru, contohnya jika pelanggan ingin menguji produk anda. Sabar dan terima apa saja respon yang diberikan oleh pelanggan.

Fleksibiliti

Seperti seorang usahawan, anda perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan menyelesaikan masalah apabila timbul. Oleh itu, fleksibiliti bermakna menerima permintaan, pendapat dan idea orang lain serta berfikiran terbuka terhadap maklum balas daripada mereka.

Jika anda ada sebuah team, laksanakan sebuah team yang baik supaya boleh membantu setiap orang yang memerlukan bantuan.

Ketegasan

Seorang usahawan berjaya harus mempunyai ketegasan dalam melaksanakan sebarang aktiviti jualan atau sebagainya.

Apabila anda seorang usahawan, anda tidak mempunyai ruang untuk menangguhkan sesuatu kerja dan perlu mengambil tindakan apabila diperlukan. Anda mesti tahu cara mengutamakan tugas dan membuat keputusan dengan cepat.

Kesimpulan

Jika anda bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya nilailah diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas dan perbaiki segala kelemahan anda. Yakin dan pasti anda mampu berjaya kelak.

Terima kasih pada semua kerana sudi membaca, Semoga apa yang diperkatakan memberi manfaat pada anda.

0 Response to "10 Tips Dan Ciri-Ciri Menjadi Usahawan Yang Berjaya"

Post a comment