Ayat Status Motivasi

Hai semua, motivasi adalah dorongan, ransangan atau daya penggerak yang ada dalam diri seseorang.

Seseorang dikatakan memiliki motivasi tinggi dapat diertikan orang tersebut memiliki alasan yang sangat kuat untuk mencapai apa yang diinginkannya.

Pengalaman, pengajaran dan kegagalan banyak memotivasikan diri kita. Kadang-kadang kita memerlukan nasihat atau kata-kata motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri.


Berikut ada sedikit ayat motivasi yang dikumpulkan :

1. Perubahan dalam hidup memang tidak menjamin keberhasilan, namun tidak akan ada keberhasilan juga jika tanpa perubahan.

2. Impian tidak akan menggerakkan seseorang untuk maju tetapi alasan yang kuat dibalik impian itulahh yang menggerakkannya.

3. Hidup itu ibarat mengayuh basikal. Agar seimbang, maka anda harus terus mengayuhnya. Ketahuilah kayuhan itu adalah semangat anda untuk terus maju dan berjaya di dunia dan akhirat.

4. Tidak ada perjuangan maka tidak akan ada kemajuan. Oleh itu teruskan semangat perjuangan harmonimu itu dengan semangat dan penuh kesyukuran.

5. Jika anda hanya melakukan apa yang anda boleh lakukan sahaja, maka anda sebenarnya hanya melakukan yang biasa sahaja, dan juga akan mendapatkan yang biasa-biasa juga didalam hidup ini. Jadi lakukan yang luar biasa hebat.

6. Bila anda bertindak dan mempelajari maka dengan sendirinya anda akan boleh melakukannya untuk menjadi hebat dan mendapatkan sesuatu yang luar biasa.

7. Seberat apa pun beban masalah yang kamu hadapi saat ini, percayalah bahawa semua itu tidak pernah melebihi batas kemampuan kamu.

8. Semua orang akan menghadapi rintangan, termasuk mereka yang sudah berjaya saat ini. Bezanya, orang yang berjaya mampu mengatasi rintangan itu.

9. Kejayaan hanya bagi orang yang tetap semangat meskipun halangan dan rintangan di depan mata.

10. Teruskan mencari idea untuk anda aplikasikan. Sebab masih ada idea-idea hebat yang belum anda temukan. Satu diantara idea-idea tersebut mungkin akan mengubah hidup anda supaya lebih baik dan berjaya.


11. Setiap malam sebelum tidur anda harus menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari.

12. Orang lain boleh mengatakan anda gagal kerana dia tidak melihat dari sudut pandangan anda sendiri, sedangkan anda hanya belum Berjaya sahaja. Tetapi jika anda sendiri mengatakan anda gagal, maka anda tidak akan berjaya sampai bila-bila.

13. Dalam kehidupan, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Untuk mendapatkan yang terbaik maka perlukan impian, usaha dan harapan. Teruskan hidup dengan semngat yang tinggi, penuh rasa syukur dan yakin.

14. Pengalaman masa lalu adalah pengajaran berharga pada masa sekarang, jadi belajarlah dari pengalaman itu kerana kamu akan lebih bernilai dari sebelumnya.

15. Tetapkan pendirian kamu untuk mencapai matlamat dan impian daripada kamu hanya merancang untuk mencuba capai impianmu, lebih baik lakukannya terus.

16. Salah satu karekter orang malas, dia akan cari alasan agar tidak berusaha dan memiliki impian yang tinggi. Sebab dalam fikiran bawah sedarnya dia tahu harus bekerja keras dalam meraih impian tetapi dia tetap hidup tanpa impian dan usaha.

17. Miliki impian yang tinggi, maka beranikan diri untuk meraihkannya. Tingkatkan usaha, tawakal dan sabar menerima hasilnya. Ini akan mengubah kualiti diri anda.

18. Saat anda melakukan sesuatu dan gagal, bermaksud anda telah menerima hikmah dan pelajaran untuk terus maju. Jika tidak melakukan apa-apa ertinya anda kalah oleh rasa takut kerana anda tidak mampu menguasai perasaan anda.

19. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya, teruskan usaha sehingga mencapai apa yang dicitakan.

20. Apabila manusia gagal mencintai TuhanNya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Semoga bermanfaat buat anda semua ye.

0 Response to "Ayat Status Motivasi"

Post a Comment