Jana 4 Angka Dengan Menjadi Pemandu Uber

Jana 4 Angka Dengan Menjadi Pemandu Uber

Kenali Apa Itu Uber

Uber Technologies Inc. adalah satu syarikat network pengangkutan atas talian dari Amerika yang beribu pejabat di San Francisco, California.

Ia telah mula membina, memasarkan dan mengoperasikan aplikasi Uber untuk telefon mudah alih, yang mana membenarkan pengguna yang memiliki smartphone untuk hantar satu permintaan trip terus kepada pemandu Uber dan pemandu tersebut akan mengambil pengguna tersebut dengan menggunakan kereta kepunyaan mereka.


Di Malaysia, Uber mula melancarkan operasi sekitar Disember 2013 bermula di Kuala Lumpur ibu kota tercinta.

Sehingga hari ini, Uber masih beroperasi dengan lancarnya walaupun terdapat beberapa isu hangat yang berlaku sekitar tahun 2014 namun ianya telah beransur reda dan Uber semakin mendapat tempat yang hebat di hati pengguna. Rakyat Malaysia khasnya banyak menyokong usaha Uber beroperasi di Malaysia.

Bagaimana Uber Berfungsi

Uber adalah satu aplikasi smartphone yang menghubungkan pemandu dan penumpang melalui permintaan penumpang. Hanya dengan satu klik, penumpang akan dihubungkan dengan pemandu Uber yang berada paling hampir dengan mereka.

Penumpang hanya perlu drop pin untuk set pickup location. Semudah itu. Pemandu Uber yang berdekatan akan kelihatan dalam bentuk ikon kereta. Anda semua boleh nampak kereta itu bergerak menghampiri anda.

Penumpang atau dipanggil rider boleh melihat berapa ramai pemandu Uber yang berada di sekitar mereka. Pemandu paling hampir yang akan menerima invitation atau request dari pelanggan tersebut.

Teringin nak tengok website Uber boleh layari di pautan ini DAFTAR UBER

Rider boleh memasukkan pin point dalam peta dari smartphone mereka, jadi pemandu hanya perlu pilih butang “Navigate” untuk ke destinasi yang rider ingin tuju.

Sistem Uber tidak memerlukan cash sahaja semata. Ia charge terus dari credit atau debit card anda. Jadi anda semua akan rasa sedikit janggal bila naik Uber kerana boleh bayar guna kad kredit / debit ataupun boleh juga pilih cara bayar cash.

Sistem Uber sangat telus, jadi anda tidak perlu takut ditipu. Tiada isu seperti yang berlaku di mana pemandu teksi tidak mahu guna meter dan charge lebih pula. Akhir-akhir ini sudah Uber sudah mula melancarkan pembayaran menggunakan cash, jadi semua orang boleh menggunakan Uber.

Kesimpulan:

Uber merupakan salah satu platform yang terbaik untuk kita menjana pendapatan. Jika anda masih muda dan bersemangat tinggi serta mempunyai kerja tetap, anda boleh lakukan secara sambilan. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat baik.


Jika anda berminat boleh mendaftar terus di sini DAFTAR UBER

0 Response to "Jana 4 Angka Dengan Menjadi Pemandu Uber"

Post a comment