4 Panduan Yang Perlu Ada Dalam Membina Copywriting Anda

Ramai usahawan dan penjual online masih buntu dan tidak tahu format atau cara yang betul untuk membina copywriting. Relax, tak perlu pening-pening lagi.

Disini saya sediakan 4 panduan yang perlu ada dalam membina copywriting untuk bisnes anda.

4 Panduan Yang Perlu Ada Dalam Membina Copywriting Anda

Apa Yang Perlu Ada Dalam Copywriting

HEADLINE

Headline atau tajuk merupakan ayat pertama yang akan menarik perhatian prospek anda untuk membaca post anda. Pastikan anda menulis headline dengan menggunakan huruf besar supaya ia nampak lebih menarik. Gunakan bahasa-bahasa unik, menyentuh emosi dan tidak terlalu panjang. 10 atau 12 perkataan sudah mencukupi. Headline yang berkesan adalah apabila ianya tepat ditujukan kepada masalah pelanggan.

SUB-HEADLINE

Subline merupakan perenggan kedua di dalam copywriting dimana ia sebagai mukadimah dan ada kaitan dengan headline seterusnya membawa pembaca ke kandungan body text. Kebanyakkan sesetengah usahawan tidak meletakkan sub-headline ini pada iklan mereka dan membuatkan audiens tertanya-tanya apa yang nak disampaikan. Disini kreativiti kita digunakan.

BODY

Ok, body adalah kandungan post iklan anda. Disini adalah bahagian yang agak panjang untuk menerangkan sesuatu produk, pastikan anda buat beberapa perenggan. Antara perkara yang perlu tulis dibahagian body ini contohnya, kelebihan produk, masalah yang dihadapi prospek, cara penggunaan produk, apa manfaat yang mereka dapat dan banyak lagi.

CALL TO ACTION (CTA)

Call to action ini terletak dihujung post anda yang bertujuan untuk mengajak prospek untuk mengambil tindakan. Contohnya cara menghubungi anda, adakan offer percuma atau sebagainya, tag atau share pada rakan-rakan dan lain-lain lagi. Jika copywriting anda tidak ada elemen CTA ini, maka ayat jualan anda adalah sia-sia.

Perkara Yang Perlu Ada Pada Seorang Copywriter

Ok, sekarang anda dah tahu bagaimana nak merangka sesebuah copywriting. Akan tetapi anda tidak boleh lari dari memiliki pemikiran sebagai seorang copywriter.

KREATIF

Untuk melengkapi copywriting tersebut, anda perlu letakkan gambar dan video yang super power menarik serta memberi gambaran tentang produk anda. Disini kreativiti anda diuji, ye tak.

MENULIS DENGAN BAHASA YANG SERING DIGUNAKAN

Menulis dengan bahasa yang sering digunakan dan bahasa yang lebih santai tapi mudah difahami.

Jangan menulis terlalu kaku macam karangan SPM. Belum masuk perenggan kedua ramai yang dah pergi.

Menulislah dengan beranggapan anda bersembang dengan pelanggan anda yang berada didepan mata.

JANGAN SYOK SENDIRI

Tidak ada yang peduli dengan bisnes anda mereka hanya peduli dengan diri sendiri.

Bagaimana nak buat?

Seorang copywriter harus memberi informasi yang diperlukan oleh pelanggan dan membuatkan mereka berasa anda pakar atau orang yang mampu menyelesaikan masalah mereka, barulah mereka ambil peduli tentang bisnes yang anda jalankan.

Ok, mudahkan.

Saya harap ianya memberi manfaat pada anda semua. Kongsikan juga cara atau pendapat anda supaya kita sama-sama dapat belajar, ok.

1 Response to "4 Panduan Yang Perlu Ada Dalam Membina Copywriting Anda"