Cara Dan Rahsia Bisnes Tudung Jenama Sendiri Jana Pendapatan Dari Rumah

Assalamualaikum, hai, salam kasih sayang dari lubuk hati saya yang paling dalam buat anda semua. Diharapkan anda semua ceria-ceria selalu dan bahagia disamping keluarga.

Anda mungkin seorang peniaga atau baru berjinak-jinak dalam perniagaan dan teringin sangat berniaga produk tudung dengan jenama sendiri, akan tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula serta menggunakan cara yang betul untuk melariskan jualan.

Jangan risau, kali ini saya ingin berbicara tentang cara dan rahsia bisnes tudung jenama sendiri serta anda boleh menjana pendapatan hanya dari rumah.

Cara Dan Rahsia Bisnes Tudung Jenama Sendiri Jana Pendapatan Dari Rumah

Rahsia Bisnes Tudung

Seperti yang kita sedia maklum perniagaan online dan offline yang trending pada masa kini tentulah perniagaan yang berkaitan dengan wanita iaitu tudung atau shawl. Bila anda nak buat bisnes produk tudung ni, pertama sekali ada banyak benda yang perlu anda tahu. Yang ni anda kena buat research, aduh penat kan. Diantaranya seperti berikut:

  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!

Mengapa Perniagaan Tudung?

Jika anda melakukan carian di google tentang tudung atau borong tudung, terdapat banyak sekali perniagaan tudung, pelbagai jenis tudung dengan harga yang berpatutan.

Ini membuktikan bahawa permintaan terhadap tudung adalah sangat tinggi dan anda harus mengambil peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan mulai sekarang. Jangan risau tentang saingan di pasaran, anda perlu tahu wanita tidak akan berhenti membeli tudung walaupun dah banyak didalam almari mereka.

Setiap helai tudung bagi mereka suatu yang bernilai dan mengikut kesesuaian apabila dipadankan dengan pakaian yang tertentu.

Mesti Ada Produk Killer

Apabila anda telah bina bisnes tudung jenama anda sendiri, anda mesti kena ada produk KILLER! Produk KILLER inilah yang akan membuatkan tudung anda berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain.

Macam mana nak tahu tudung mana yang akan menjadi produk killer?

Sangat mudah! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualannya. Anda mungkin mengambil masa 2 atau 3 bulan untuk mengetahui mana satu produk killer dalam banyak-banyak jenis tudung yang anda jual. Contoh anda ada 3 jenis tudung berlain corak, dan salah satu daripadanya akan meletup dan paling laris.

Bila dah ada produk killer ini nanti anda dah tak perlu terlalu promosi sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu, dimana nak beli tudung yang mereka sukai. Jadi, bisnes dan jualan anda akan menjadi stabil pada setiap bulan. Best bukan!

Kenal Pasti Market Sasaran Anda

Golongan Kelas Atasan

Golongan tinggi atau kelas atasan ini selalunya memilih design yang lebih eksklusif dan mementingkan kualiti yang bermutu tinggi. Jadi anda memerlukan modal yang besar untuk golongan ini dan kebanyakkannya sehelai tudung dijual melebihi Rm100 lebih.

Golongan Pertengahan

Golongan pertengahan atau sederhana ini yang paling popular. Modal anda sederhana dan untung juga tinggi. Mereka ini memilih tudung yang berkualiti dari segi material kain dan juga corak yang cantik.

Golongan Rendah

Sasaran bagi golongan rendah ini juga mendapat permintaan yang sangat tinggi. Tidak perlu apa-apa jenis jenama dan harganya yang murah.

Perkenalkan Ebook Rahsia Bisnes Tudung

Bagaimana nak bermula? Pertanyaan yang sering diajukan. Perkara paling penting untuk memulakan adalah minat, kesungguhan dan ilmu. Minat dan kesungguhan dah ada, tapi ilmu kurang. Tak mengapa, disini saya perkenalkan pada anda sebuah ebook lengkap yang mengungkap rahsia bisnes tudung.

Ebook ini ditulis oleh Madihah Mustafha yang telah berjaya menjana untung Rm15,000 sebulan dengan menjual tudung tanpa premis hanya dari rumah. Hah ini sangat bagus buat pelajar-pelajar IPT, surirumah, penggangur dan lain-lain yang berminat menjana pendapatan dari rumah.



Apa yang terkandung didalam ebook ini, berikut saya senaraikan tajuk-tajuk besarnya:

Bab 1 : Belajar Menjual
Bab 2 : Apa Dan Siapa?
Bab 3 : Supplier
Bab 4 : Tips Gambar Memukau
Bab 5 : Teknik Meletak Harga
Bab 6 : Ayat Iklan
Bab 7 : Lubuk Jualan
Bab 8 : Packaging
Bab 9 : Penghantaran
Bab 10 : Case Study - Bagaimana Menjana Rm,15000 Menjelang Ramadhan

Saya sangat sarankan pada anda untuk dapatkan ebook yang hebat ini supaya gambarannya lebih jelas lagi. Bukan itu saja, setelah anda mendapatkan ebook ini akan dapat lagi 2 buah ebook bonus iaitu:

1. Produk Killer Musim Raya
2. Tips, Nasihat dan Motivasi Bisnes

Bonus ini bukanlah untuk selama-lamanya. Jadi, pastikan anda mendapatkan ebook ini segera sebelum tawaran pemberian bonus ini ditutup.

Dapatkan rahsia bisnes tudung ini di BisnesTudung.com

Kesimpulan

Apa yang perlu anda buat sekarang adalah TINDAKAN. Tak usah ragu-ragu lagi, belajarlah dari pengalaman orang yang sudah berjaya dalam bisnes tudung ini. Kita beruntung kerana ada orang yang berkongsi ilmu ini supaya lebih ramai lagi mendapat manfaat dan mencipta kejayaan.

0 Response to "Cara Dan Rahsia Bisnes Tudung Jenama Sendiri Jana Pendapatan Dari Rumah"

Post a comment