Bagaimana Cara Mendapatkan Lebih Banyak Followers Di Instagram



Assalamua'alaikum. Bismillah.

Hai semua, salam cinta kasih, semoga anda sihat-sihat selalu ye. Ok hari ni nak memperkatakan kepada anda cara mendapatkan banyak followers di Instagram.

Opsss sebelum tu, kenapa anda inginkan followers yang banyak?

Anda mungkin artis, orang berpengaruh, usahawan online dan sebagainya, jadi dengan adanya followers yang banyak mungkin akan menguntungkan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak followers di Instagram, anda perlu konsisten, kreatif dan mempunyai matlamat. Ini bermakna anda perlu mencari followers yang berpotensi dan betul-betul minat dengan anda.


Bagaimana Cara Mendapatkan Lebih Banyak Followers Di Instagram?

1. Buat Bio Dan Profile Sehebat Mungkin

Cuba anda fikirkan, siapa yang akan mengklik butang profile anda jika ianya tidak jelas, tidak lengkap, dan tidak menarik?

Profile anda adalah tulang belakang kehadiran anda di Instagram, dan yang direka dengan baik adalah kunci untuk meningkatkan followers anda.

Anda perlu meletakkan gambar yang menarik untuk mendapatkan perhatian prospek, mempunyai contact seperti no telefon, website supaya mudah dihubungi, senang kata buatlah profile anda mudah difahami dan dicari orang ramai.

2. Buat Strategi Instagram

Macam mana nak buat strategi instagram ni, aduh pening kepala memikir. Disini anda perlu mencari kata kunci berkaitan diri atau perniagaan anda dan menyelidik pesaing anda.

Buat yang suka-suka main instagram tu mungkin ia tidak berapa penting, janji dia happy dengan apa yang dia buat. Akan tetapi bagi orang yang ingin naikkan branding atau perniagaan, anda perlulah membuat strategi yang betul supaya mendapat followers yang berkualiti.

Anda perlu tahu bahawa matlamat Instagram utama adalah untuk mencipta kandungan yang menarik dan kreatif. Semakin baik kandungan Instagram anda, semakin besar kemungkinan anda mendapatkan lebih banyak pengikut Instagram. Foto-foto yang gelap, berkualiti rendah, penjenamaan yang tidak konsisten, tidak memberi insentif kepada orang untuk mengikuti anda.

3. Buat Akaun Instagram Anda Lebih Mudah Ditemui

Jika anda ingin mendapatkan pengikut Instagram yang lebih banyak, anda perlu memudahkan orang mencari anda.

Promote akaun Instagram dan kandungan anda di saluran sosial media yang lain
Sekiranya anda ada akaun di Facebook, Twitter, Blog atau mana-mana rangkaian sosial yang lain, anda harus pautkan link Instagram supaya peminat tahu mengenai akaun Instagram anda juga.

4. Gunakan Hashtags Yang Berkaitan

Menggunakan hashtag yang relevan dengan perniagaan atau niche anda akan membantu anda kepada orang yang mungkin tidak mengikuti anda, tetapi sedang mencari foto yang berkaitan dengan jenama atau industri anda.

Cari dan gunakan apa yang popular. Gunakan fungsi carian dalam Instagram untuk mencari hashtags popular yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan, atau niche anda.

Buat hashtag anda sendiri. Datanglah dengan hashtag rekaan anda sendiri yang akan memberi informasi kepada pengikut anda untuk berkongsi gambar atau kandungan yang berkaitan dengan jenama anda.

5. Pos Secara Konsisten Dan Pada Masa Yang Sesuai

Bagi saya tidak ada masa tertentu untuk kita post ke Instagram, yang penting kita post setiap hari walaupun hanya satu gambar sahaja. Buat satu post yang memberi makna dan manfaat pada followers. Terlampau banyak post dalam sehari pun tak jalan juga.

Masa yang seelok-eloknya pada ketika followers kita sedang berehat, santai atau selesa. Bab ni kena kenal pengikut kita dulu. Ramai yang bekerja ke, student ke atau ramai yang menganggur. Waktu rehat bagi orang yang bekerja biasanya pada pukul 12 hingga pukul 2 petang.



6. Tag Lokasi Anda

Followers tak tahu anda dimana, betul tak? Jika berdekatan dengan mereka, so mereka akan cuba untuk mengikut dan mengetahui apa aktiviti anda.

Pastikan anda menandakan foto anda dengan lokasi dimana anda berada dan menggalakkan pelanggan anda melakukan perkara yang sama. Pengguna kemudian boleh mengklik pada lokasi tersebut dan melihat semua foto yang diposkan dari kedai, restoran, atau pejabat anda, yang boleh membantu mendedahkan jenama anda (dan akaun Instagram) kepada lebih ramai orang.

7. Instagram Stories

Ramai yang dah tahu fitur Instagram Stories muncul di bahagian atas pada aplikasi Instagram. Ia dilancarkan supaya mendorong pengguna agar berkongsi real content.

Pengguna dapat melihat stories sesiapa pun tanpa perlu follow terlebih dahulu, asalkan akaun pengguna tersebut tidak di set private.

Dari situ juga akan timbulnya pengikut anda jika anda berkongsi perkara yang menarik dan berfaedah.

8. Live Video

Instagram adalah tempat yang sempurna untuk memanfaatkan video secara langsung, satu trend yang terus berkembang di media sosial.

Ia adalah format yang sempurna untuk menyediakan liputan secara langsung seperti review produk atau promosi kedai anda.

Kelebihan menggunakan live video ini kita dapat berinteraksi langsung dengan folowers kita dengan lebih dekat. Semakin dekat followers kita, semakin kepercayaan itu dapat dibina.

9. Jalankan Contest

Ni antara cara yang paling best dan popular, Contest atau Giveaway yang berjalan di akaun Instagram anda dapat membantu mengembangkan lagi followers anda, mengarahkan trafik ke instagram anda, dan secara tidak langsung juga menghasilkan jualan produk.

Untuk join contest, anda perlu meminta orang sama ada mengikuti anda, like atau komen pada salah satu foto anda, dan tag pada beberapa rakan yang lain. Mudah kan!

Mereka yang tidak follow anda akan terdedah melihat akaun Instagram anda melalui tag yang dibuat oleh rakan mereka. Cara ini juga sangat berkesan untuk membina kepercayaan dari followers baru anda.

Ini strategi yang hebat, sedikit sebanyak membantu anda meningkatkan jumlah followers dan melonjakkan jualan.

10. Muka Manusia

Contoh muka ada, model ataupun customer anda sendiri.

Ramai followers suka tengok orang lain, dan ini akan menambah keyakinan mereka. Bak kata orang dulu-dulu dari mata turun ke hati, betul tak, hihi.

11. Latar Belakang Gambar Warna Biru Atau Hijau

Antara kajian dari luar negara dan sedikit ilmu metafizik, gambar yang berlatar belakang biru dan hijau paling banyak mendapat respon dari segi engagement, reach, like dan komen yang tinggi.

Bagi anda yang belum tahu, warna ini adalah warna energi kekayaan dan kebahagiaan dalam ilmu metafizik.

Jadi, ambil gambar berlatarbelakangkan kehijauan dan kebiruan, tak gitu.


Semoga bermanfaat pada anda semua, opss sebelum tu jika anda inginkan cara yang lebih padu, saya sarankan anda dapatkan panduan ebook Igkaboom ini segera.

0 Response to "Bagaimana Cara Mendapatkan Lebih Banyak Followers Di Instagram "

Post a Comment