Kata-Kata Indah Buat Muhasabah Diri


Assalamualaikum dan salam cinta kasih daripada saya buat anda semua. Saja saya kumpulkan kata-kata indah buat muhasabah diri untuk rujukan kita semua.

Kata-kata indah ini bukan berupa pujian atau rayuan, akan tetapi penuh dengan motivasi supaya kita dapat memperbetulkan diri dan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.


Muhasabah 1

Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal.

Ingatlah

Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun diakhirat, kerana dunialah kita menangis tak berhenti.
Dunia boleh memberi kebahagian seketika. Namun diakhirat, kerana dunialah kita sengsara dineraka.
Dunia boleh memberi pelbagai kenikmatan hidup. Namun di akhirat, kerana dunialah kita diazab.

Masihkah dunia yang ingin dikejar sedangkan waktunya hampir tiba?

Semoga Allah sentiasa melimpahi hidayahNya pada kita semua.
In sha Allah, Allahumma Amin.

Muhasabah 2

Hidup ini tidak selalunya indah, kerana disitulah keindahan hidup.
Umpama sebuah lukisan yang indah justeru kerana warna-warnanya yang pelbagai.

Bayangkan jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya.
Maka begitulah "lukisan" kehidupan manusia, dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian.

Tidak semua yang manis datang bertandang.
Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang..

Muhasabah 3

Adakalanya kita perlu duduk berseorangan, bertafakur dan memisahkan sebentar diri dari kesibukan dunia dan menggunakan kesempatan yang ada untuk merenung kebesaran Allah.

Dunia ini sememangnya punya penarik yang sangat hebat. Jika ia ditekuni tanpa batas agama, maka kita akan menjadi gila kerana mencintainya.

Cinta terhadap dunia itu membinasakan.

Ramai manusia telah hilang pedoman hidup kerana mencintai dunia.
Maka kerana itu tinggalkanlah dunia setelah mana kita telah mengambilnya sekadar yang kita perlukan.

Muhasabah 4

Kita manusia sentiasa merangcang yang terbaik di hari-hari dalam hidup kita tetapi tidak semua apa yang kita rancang berjalan seperti yang kiata inginkan.

Kita tidak pernah rancang untuk bersedih, kecewa dan derita.
Kadang-kadang bila kita berusaha keras, kita dapat apa yang kita harapan tapi seringkali apa yang kita mahu dan apa yang kita dapat berbeza.

Kita merancang tapi Allah yang menentukan.

Kadang-kadang agak susah untuk kita fahami apa yang Allah rancangkan untuk kita.
Apatah lagi segala ketentuanNya itu tidak sama atau berbeza dengan apa yang kita mahukan.

Muhasabah 5

Berjalanlah dengan penuh harapan, walaupun hidup tidak selalu bahagia.
Sedekahkanlah senyuman walaupun di hati tidak lagi mampu bertahan.

Belajarlah memaafkan walau diri terluka.
Berhentilah memberikan alasan walau ingin menyatakan kebenaran.

Hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi godaan.
Berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan.

Mari kita bersama-sama menunjukkan rasa cinta serta kasih sayang sebagai hamba kepada Allah.

Muhasabah 6

Apabila kebahagian itu boleh dibeli, pasti orang kaya akan membelinya, sedangkan kita akan sukar untuk mendapatkannya kerana sudah diborong mereka.

Apabila kebahagiaan itu ada disuatu tempat, pasti belahan lain dibumi ini akan kosong, kerana semua orang akan ke sana berkumpul di mana kebahagiaan itu berada.

Beruntunglah kerana kebahagiaan itu berada di hati dan fikiran setiap manusia, maka kita tidak perlu membeli atau pergi mencari kebahagiaan itu.

Yang kita perlukan adalah hati yang bersih dan ikhlas serta fikiran yang jernih. Maka, kita akan merasai kebahagiaan itu bila-bila masa, dimana-mana pun dengan apa keadaan sekali pun.

Ketahuilah, kebahagiaan itu selalu dimiliki oleh orang-orang yang bersyukur.

Muhasabah 7

Daun
Kalau dimakan ulat, menjadi sutera.
Klau dimakan lembu, menjadi daging.

Nasihat.
Kalau jatuhnya diatas hati yang putih, menjadi penawar yang berguna.
Kalau jatuhnya ditas hati yang hitam, menjadi racun yang berbisa.

Musibah.
Kalau menimpa hati yang bersih, menjadi asbab muhasabah.
Kalau menimpa hati yang kotor, menjadi asbab resah gelisah.

Begitulah, benda yang sama, sumber yang sama, hasilnya menjadi lain-lain.

Tak perlu tengok orang lain, tengok pada diri kita.
Bila diberi nasihat, apa khabar hati dan jiwa?
Tunduk mengangguk taat atau benci meronta-ronta.

Bila ditimpa musibah, kita bagaimana?
Mengamuk dan resah gelisah atau redha terima takdirNya?

Sungguh semuanya berbalik pada titik yang sama iaitu HATI.

Muhasabah 8

Letihnya hidup apabila kita selalu mengharap pujian manusia dalam beramal dan beramal kerana riak dan sum'ah.

Letihnya hidup apabila kita lebih berharap redha manusia daripada redha Allah. Letihnya hidup apabila kita lebih berharap pengakuan dari manusia daripada Allah.

Sekiranya kita benar-benar menyedari bahawa Allah itu Maha Kaya dan Maha Segalanya, maka kita hanya akan berharap kepada Allah sahaja.

Dipuji atau tidak, diredhai manusia atau tidak, diakui manusia atau tidak, tidak akan berpengaruh kepada hati yang selalu mengikhlaskan amal kepada Allah dan berharap hanya kepada Allah.

Muhasabah 9

Senyuman itu adalah ciptaan yang indah dari Allah SWT.

Malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh baginda Rasulullah SAW. Insan sempurna yang patut kita teladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Senyumlah.

Kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain.

Muhasabah 10

Hati ini milik Allah
Dia yang menciptakan hati ini.

Jangan pernah berikan ia pada yang bukan pemiliknya.

Hati itu satu
Maka selayaknya diberikan pada yang satu itu.

Jagalah ia sebaik mungkin.
Sebab hati itu letaknya di dalam. Di sudut yang paling dalam. Jika ia terluka, lukanya juga mungkin dalam.

Hanya yang Satu itulah penyembuhnya.
Letakkanlah kebergantungan kita hanya pada Allah, dia yang Satu.

0 Response to "Kata-Kata Indah Buat Muhasabah Diri"

Post a Comment