Storytelling : Maksud Dan Manfaatnya Untuk Bisnes



Apa Yang Dimaksudkan Dengan Storytelling?

Bagi anda yang belum tahu, Storytelling adalah sebuah teknik untuk menyampaikan sesebuah cerita. Dengar macam mudah je tapi bila suruh buat, hah garu kepala laa termasuk saya sendiri. Tidak semua orang boleh melakukan teknik ni, terutamanya para peniaga online ia sangat penting bagi meningkatkan lagi jualan bisnes anda.

Ehh aku peniaga, bukan penulis...

Dulu saya pun pernah berfikir macam tu. Jual online macam jual kat pasar malam, hoi hoi hoi hanya nama produk, harga dan nombor telefon. Friends pun lari meluat tengok iklan macam tu, bila dah lari mana dapat jualannya.


Storytelling yang baik, adalah kemampuan penulis membuatkan pembaca menangkap jalan cerita, tersentuh jiwanya, beremosi dan merasa terhibur. Seorang penulis harus mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan pelanggan, kalau tak ada pengalaman boleh visualkan seolah-olah kita sedang bercakap dengan pelanggan kita.

Penulis juga harus bijak memainkan gaya bahasa yang lebih santai, lain dari yang lain tetapi mudah difahami supaya storytelling itu menjadi menarik, tersentuh hati dan terhibur.

Tujuan Storytelling

  • Membawa pembaca berimajinasi tentang cerita tersebut.
  • Memberikan pemahaman baik kepada diri sendiri dan orang lain.
  • Pembaca mendapat pengalaman baru tentag masalah dalam kehidupan.
  • Melatih daya tangkap dan daya fikir pembaca.
  • Menanamkan nilai-nilai murni pembaca.

5 Tips Menghasilkan Storytelling

1. Buatkan List

Jika anda tidak mempunyai fokus yang jelas, anda akan kehilangan perhatian dari pelanggan. So, yang pertama anda perlu menetapkan konteks yang betul.

Untuk memulakan kisah produk anda, jawab soalan berikut:

Siapa yang menceritakan kisah itu?
Kenapa cerita diberitahu?
Bila dan di mana cerita berlaku?
Siapa orang dalam cerita?
Apa yang cuba dicapainya?
Apakah cabaran yang dihadapi?

List ini akan membantu anda mengembangkan cerita supaya lebih menarik, logik dan masuk akal. Tetapkan tempat kejadian supaya pelanggan tahu dengan tepat apa yang anda sedang ceritakan.

Paling penting, tentukan mengapa anda memberitahu mereka cerita ini. Ini akan membuatkan para pelanggan atau pengguna yang pernah melaluinya akan merasai seperti apa yang diceritakan.

2. Cerita Benar

Bercerita benar adalah kunci untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Jangan cuba untuk menipu dengan kisah yang entah apa-apa yang melambung lebih tinggi.

Cerita tentang perniagaan anda tidak perlulah terperinci.

Anda boleh mengambil pendekatan terbuka iaitu berkomunikasi dengan pelanggan. Terangkan tentang perniagaan dan produk anda, gunakan bahan-bahan atau butiran untuk mencipta cerita yang menarik dan realiti.

3. Mempunyai Hasil Yang Jelas

Kisah perniagaan atau sesuatu produk yang hebat ialah meninggalkan penonton anda dengan sesuatu hasil yang 'wow'. Pelajaran apa yang telah dipelajari dalam cerita itu, dan apa yang perlu pengguna belajar daripada mendengarnya?

Cerita perniagaan atau produk itu harus mempunyai hasil yang jelas. Sediakan mesej yang mencetuskan pemikiran yang penuh harapan.

Anda boleh menggunakan hasil atau kejayaan apa yang anda telah capai dalam kehidupan sebenar perniagaan anda untuk menyampaikan mesej kepada pelanggan anda.

4. Dapatkan Pelanggan Yang Setia

Orang suka menjadi sebahagian daripada cerita. Pelanggan anda boleh menjadi watak dalam cerita perniagaan anda. Berikan cara untuk mendapatkan penonton anda.

Gunakan cerita pelanggan setia ini supaya menangkap emosi bakal pelanggan baru. Bercakap tentang bagaimana dia diperkenalkan dengan produk anda, setelah menggunakannya dan hasil yang beliau dapat.

Cara ini mewujudkan tindak balas segera, yang menjadikan cerita anda dapat diingati dan dapat dikongsi.

Menceritakan kisah perniagaan anda adalah proses yang berterusan. Setiap hari, perniagaan anda akan berkembang dan menambah hal-hal baru kepada kisahnya.

5. Konsisten

Kisah perniagaan anda yang tidak teratur, berserabut memberikan pelanggan anda keliru dan tidak berminat. Pastikan jenama anda konsisten merentas semua saluran komunikasi.

Gunakan warna, logo dan slogan yang sama untuk bahan pemasaran digital ataupun cetakan. Dengan itu orang akan lebih mengenali jenama perniagaan anda.

Anda perlu konsisten ketika bercerita mengenai jenama perniagaan anda. Ketahuilah juga cerita di dalam dan luar sebelum menyampaikan kepada pelanggan. Ini akan membantu anda memberitahu jalan cerita secara semulajadi.

Manfaat Storytelling Untuk Bisnes

  • Melatih diri rajin menulis baik untuk perkembangkan otak.
  • Dapat meningkatkan jualan produk kita.
  • Menarik perhatian pembaca untuk lebih dekat dengan kita.
  • Dapat meningkatkan pengikut kita.
  • Memberikan kesedaran pada orang ramai tentang masalah yang dihadapi.

Storytelling vs Copywriting

Bagi saya storytelling suatu teknik halus yang lebih berunsur softselling berbanding copywriting yang lebih berunsur hardselling. Dan ada juga juga kata lebih kurang sama, so masing-masing punya pendapat.

Terpulanglah pada anda mana yang lebih mudah, janji matlamatnya mestilah sampai kepada prospek dengan cara yang betul, menarik dan membuatkan prospek ingin tahu serta membuat pembelian. Untuk teknik copywriting anda boleh baca 4 Panduan Yang Perlu Ada Dalam Membina Copywriting

Ok, itu saja setakat hari ini, terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi, salam kasih daripada saya.

0 Response to "Storytelling : Maksud Dan Manfaatnya Untuk Bisnes"

Post a Comment