Jenis-Jenis Tudung Yang Disukai Ramai Perempuan


Dipasaran sekarang macam-macam style tudung, tambah pula nak dekat raya ni.

Nak yang simple, sarung terus pun boleh, nak yang berlipat-lipat semua ada, hahaha.

Tak kisah la banyak mana pun design dan corak tudung itu, tetapi ada beberapa jenis tudung yang disukai ramai perempuan diluar sana.

Contohnya bawal, shawl, instant shawl. Ada yang bercorak, ada yang kosong saja dengan kualiti kain yang agak memuaskan.

Jenis-Jenis Tudung Yang Disukai Ramai Perempuan

Bawal

Dari dulu sampai sekarang zaman berzaman aku rasa ramai perempuan suka pakai tudung bawal ni.

Cuma sekarang ni tudung bawal bermacam corak dan design.

Simple, sederhana dan senang bentuk sebab tu ramai yang suka.

Shawl

Shawl ni lebih pada golongan muda, ada yang pakai masuk dengan bentuk muka ada yang tak masuk.

Orang kata la, aku mana tahu. Kelebihan shawl ni boleh buat banyak gaya, aku tengok mereka selalu lilit sana sini, pusing sana sani macam-macam gaya la.

Instant Shawl

Ramai perempuan cakap instant shawl ni lebih cepat, terus sarung je tak payah nak lilit sana sini bagai.

Tak banyak corak, mudah pakai dan sangat simple.



5 Warna Tudung Yang Paling Disukai Wanita

Merah
Warna merah sesuai untuk wanita yang berani dan yakin

Hijau
Ada banyak warna hijau, ada yang terang dan lembut. Warna semulajadi yang sesuai digayakan pada waktu petang.

Menggambarkan kedamaian dan keriangan.

Biru
Menggambarkan ketenangan dan dipercayai. Sangat sesuai untuk orang berkerjaya atau tidak.

Jika anda menghadiri temuduga, warna biru sesuai digayakan.

Hitam
Hitam adalah warna yang klasik dan universal. Sesuai digayakan pada setiap waktu dan mudah nak dipadankan dengan pakaian.

Pink
Warna yang paling disukai oleh ramai wanita kerana menggambarkan karektor yang lembut, manja, dan feminin.




Jenis Kain Yang Digunakan Buat Tudung

Cotton
Jenis kain cotton ni mudah dibentuk, kemas dan bersifat sejuk. Boleh digayakan dengan pelbagai gaya.

Selaluinya kain cotton ni sesuai untuk tudung bawal, shawl, dan instant shawl.

Cotton Voile
Sesuai untuk tudung bawal, mudah dibentuk dan sejuk.

Chiffon
Kain ini bersifat licin, agak sensitif dan perlu dijaga rapi.

Satin
Tudung jenis satin ni agak susah untuk digayakan, tetapi kemas dan nampak lebih feminin.

Pastikan bahagian dalam tudung satin tidak licin.

Cornskin
Agak popular pada masa kini. Kain jenis ini adalah campuran cotton dan crepe.

Kebanyakkan tudung bawal menggunakan material ini. Mudak dibentuk dan tidak perlu gosok.

Walaupun banyak jenis tudung di pasaran, pakailah yang bersesuaian dengan anda dan yang paling penting menutup aurat ok.

Bagi anda yang ingin menceburi bisnes tudung dan tidak tahu bagaimana nak bermula saya rekemen kepada anda untuk dapatkan panduan Bisnes Tudung ini.

Jadikan ia sebagai permulaan untuk anda berbisnes dan seterusnya menjana pandapatan, InsyaAllah.

Sekian saja, semoga bermanfaat.

0 Response to "Jenis-Jenis Tudung Yang Disukai Ramai Perempuan"

Post a comment