Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Upgrade Diri Daripada Mencari Rezeki Kepada Dicari Rezeki


Assalamualaikum semua, Salam Cinta Kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam.

Opss sebelum itu, istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Walaupun ramai yang dah tahu, tapi tak salah diulang-ulang.

Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang sahaja, sebaliknya rezeki itu merangkumi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, masa lapang, pekerjaan, keluarga. kesihatan dan kebahagiaan.

Jika rezeki yang dihajati masih belum diperoleh sedangkan anda selalu berdoa dan berusaha, usah salahkan takdir.

Ada kalanya Allah SWT tidak mengurniakan sesuatu yang diminta tetapi Dia mengurniakan sesuatu yang anda perlukan.

Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Upgrade Diri Daripada Mencari Rezeki Kepada Dicari Rezeki

Bagaimana Upgrade Diri Daripada Mencari Rezeki Kepada Dicari Rezeki

Berbalik pada tajuk di atas, lelaki yang saya maksudkan adalah Grandmaster Umar Paranorms atau lebih dikenali Master Umar dikalangan anak muridnya.

Beliau adalah pengkaji dan pengamal metafizik dan  telah menerbitkan beberapa buah ebook melalui pengalaman beliau sendiri. Salah satu ebook dan juga buku yang HOT dari beliau adalah bertajuk Loncatan Energi.

Saya antara beribu orang yang telah memiliki buku ini. Dan hasil pembacaan, saya mengambil tindakan untuk menulis artikel ini supaya lebih ramai lagi orang diluar sana mendapat manfaat.

Ianya ikhlas dari hati saya yang paling dalam untuk berbuat kebaikan.

Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Upgrade Diri Daripada Mencari Rezeki Kepada Dicari Rezeki

Beliau menulis ebook ini atas dasar pengalaman dan peristiwa-peristiwa yang telah dilaluinya sendiri, mari kita baca salah satu ceritanya.

Sila baca dengan tenang..

Ada seorang lagi seorang kenalan, coach bisnes, bernama Akhbar (bukan nama sebenar). Pada awalnya juga merasa kehilangan jati dirinya dalam membangun bisnesnya.

Permulaan bisnesnya, Akhbar juga merasakan kesempitan hidup dan sering merasakan yang namanya kerugian.

Oleh itu, dia memutuskan untuk ikut program dan kursus-kursus bisnes yang dianjurkan di serata Malaysia.

Kursus-kursus bisnes orang-orang sukses dia ikuti. Semua untuk meningkatkan pengetahuan dan tekniknya menjalankan bisnes.

Tapi, hasil tidak seperti yang diharapkan. Bisnesnya masih sahaja seperti dahulu. Untung perniagaannya tidaklah terlalu besar berbanding pelaburan yang telah dikeluarkan. Semua teknik dan cara yang diajarkan telah dilakukan.

Hari-hari seterusnya, Akhbar menjalani bisnesnya dengan begitu stress. Keuntungan kurang, hati juga kosong. Stress saja yang meningkat.

Untuk menghilangkan rasa stressnya, Akhbar pelan-pelan rajin ke masjid. Solat berjemaah, mendengar ceramah-ceramah agama dan sembang-sembang dengan jemaah-jemaah masjid.

Ehhh... Lama-kelamaan, Akhbar merasa satu kebahagiaan dalam hidupnya yang selama ini tidak dia perolehi. Tapi, dia juga tidak mengerti apakah itu. Yang penting bagi dirinya, dia merasa bahagia.

Seiring dengan kebahagiaan yang dia alami, bisnesnya juga berjalan mulus. Walaupun keuntungannya masih belum terlalu besar tapi, sudah boleh menutupi keperluan-keperluan hidupnya dan keperluan syarikat.

Berbulan-bulan dia jalani, bisnesnya semakin membaik. Hanya berbeza dengan sebelumnya, kalau dulu hampir semua siang harinya habis dengan urusan perniagaannya, sibuk melulu. Sekarang, dia membahagi masanya untuk hal-hal yang bermanfaat walau itu bukan hal bisnes.

Melihat perkembangan dirinya, dia mula bertanya sendiri, “Ada apa ya. Masa saya kurang ke perniagaan, tapi keuntungan lebih banyak. Aneh...".

Sehingga pada suatu hari, di suatu ceramah, dia mendengar kata-kata bijaksana.

"Rahsia hidup sukses, kaya, makmur dan bahagia itu bermula dari HATI.

Urusan kita mencari 'rasa-rasa' kedekatan kepada Tuhan. Bukan cari rezeki. Rezeki sudah diatur Tuhan sedemikian rupa untuk melayani para pencari Tuhan yang benar.

Kalau kita dua puluh empat jam kerja tanpa hati ini diisi dengan 'rasa-rasa' kedekatan kepada Tuhan, maka hati jadi kosong, dunia juga semakin menjauh.

Hati yang bahagia itu menarik hal-hal yang baik dan membahagiakan. Manakala hati yang kosong, akan menarik hal-hal yang tidak membahagiakan. Kalau kita sering mencari yang punya rezeki yakni Tuhan, maka rezeki akan datang pada kita".

Lantas Akhbar tersentak, “Ini dia ni!. Sebuah loncatan yang saya buat pada masa lalu, dari saya terlalu sibuk berniaga. Sekarang lebih kepada hal untuk mengisi hati, malah Tuhan berikan keuntungan yang diluar logika. Kalau dulu saya mencari rezeki, sekarang malah saya yang dicari rezeki".

Maka Akhbar berkesimpulan, “Kalau kita sibuk dengan hal-hal yang mendekatkan diri kita kepada Tuhan, maka Tuhan akan memperluas rezeki kita".

Pernah alami hal-hal seperti coach Akhbar?

Atau masih mencari-cari hal yang membahagiakan?

Ini yang dikatakan, Loncatan Energi dari hal yang biasa kepada yang luar biasa.

Bayangkan saja, sibuk berniaga tapi perniagaan kurang menguntungkan, hati juga kosong dan hampa. Akan tetapi kalau sibuk mengingati Tuhan untuk mengisi hati, malah diberi keuntungan yang berlipat ganda. Bukankah itu luar biasa teman?

Perjalanan spiritual itu penuh dengan teka-teki dan hal-hal yang ajaib.

Belakangan ini, ramai orang mengandalkan teknik-teknik yang dia miliki. Tapi hasil kurang memuaskan.

Kita melihat banyak orang-orang yang luar biasa, lantas mengikuti kursusnya. Yang diajarkan di kursusnya itu hampir semua teknik fizikal yang boleh dilihat. Hal yang tidak dapat dilihat, itulah hal spiritual yang tidak diajarkan di dalam kursus.

Kerana itu hal yang sangat abstrak, susah untuk difikirkan. Sangat rahsia.

Carilah Tuhan, dan cintailah MakhlukNya, maka kau akan dicari dan dicintai oleh Rezeki

Apa yang BEST dalam buku ini :

Bahagia vs Kekayaan

Disini akan terungkai segalanya, jangan anda tersesat mencari bahagia dan ketahui juga kekayaan tidak menjamin diri anda bahagia.

Keajaiban Hati

Keajaiban hati disini merujuk kepada aspek rohani manusia yang memancarkan perasan-perasaan tertentu. Anda wajib tahu, sungguh menakjubkan.

Fikiran vs Hati

Anda akan dapat tahu perbandingan aktiviti fikiran sedar dan kemampuan fikiran bawah sedar. Apa pula kaitannya dengan Hati? Semuanya terjawab dalam buku ini.

Peta Kesedaran

Mengukur level-level energi diri anda. Ini bab yang Penting! Jika difahami betul-betul peta kesedaran ia bakal mengubah hidup anda 360 darjah.

Loncatan Energi

Bab terakhir, anda akan mempelajari bagaimana melakukan loncatan energi dan memancarkan getaran energi yang tinggi. Ini memang Super penting.


Saya hanya dapat mengupas secara ringkas sahaja, semuanya dikongsikan didalam buku Loncatan Energi tentang bagaimana upgrade diri daripada mencari rezeki kepada dicari rezeki. Ia boleh didapati dalam ebook atau buku yang mempunyai 101 halaman muka surat.

Sekarang giliran anda pula untuk melakukan loncatan energi ke arah perubahan hidup yang anda inginkan selama ini. Tindakan anda hari ini bakal mengubah hidup anda. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat.

Sebarang info, pertanyaan serta bagi anda yang ingin mendapatkan ebook atau pun buku Loncatan Energi ini bolehlah follow laman facebook yang tertera dibawah.

Facebook : Umar Paranorms
Facebook Page : Qalam Ilahi Wellness Centre

Salam penuh Cinta Kasih kepada semua yang membaca, saya mendoakan anda bahagia, rezeki melimpah dan dipermudahkan segalan urusan.

Ada Kuasa Di Dalam Diri Mu, Iaitu Hati Mu

0 Response to "Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Upgrade Diri Daripada Mencari Rezeki Kepada Dicari Rezeki"

Post a Comment