Tips Berniaga Di Shopee Untuk Yang Baru Nak Mula


Siapa nak tambah income selain berniaga di Facebook, boleh berniaga di Shopee.

Shopee ni best sebab dia memang medium untuk berniaga. Kira macam kedai kita tapi kedai online yang sama macam Zalora, Lazada, 11 street, Go Shop, Lelong.

Insya'Allah 1k tak sampai seminggu. Insya'Allah dalam seminggu boleh dapat 4-5k pendapatan bersih. Kalau sebulan tu, Masya'Allah.


INI NOTA TIPS BERNIAGA DI SHOPEE untuk yang baru nak mula (untuk yang simpan stok) :

1. Nak berniaga kat Shopee ni mesti ada :

❤ Smartphone
❤ Laptop atau PC
❤ Printer

3 benda ni basic.
Penting untuk berniaga.

2. Shopee ni jadi pilihan orang ramai shopping sebab harga dia murah dari tempat lain.

3. Insya'Allah secure, susah nak kena scam. Kalau kena scam pun, terus lapor pada Shopee. Call pihak Shopee dan customer service sangat pantas bertindak.

4. Install apps Shopee, pastu SIGN UP. Nak menjual boleh, nak membeli pun boleh. Permulaan nak menjual, kena jadi pembeli dulu. Ini basic untuk kita tahu cara jual beli di Shopee.

5. Sebaiknya guna nama yang berdaftar dengan SSM atau guna nama yang senang orang sebut dan ingat.

6. Lepas tu boleh apply SHIPPING PROGRAM. Ini kerjasama Shopee dengan kurrier PosLaju / DHL / J&T bagi subsidi shipping pada buyer dan seller dengan syarat-syarat tertentu.

7. Godek-godek lah button kat apps Shopee tu. Belajar. Kalau malas nak godek-godek, memang tak membantulah jawabnya.

8. Kat smartphone dan Laptop / PC memang berlainan. Kalau guna smartphone :

❤ klik pada button ME/SAYA dibahagian bawah kanan.
❤ klik pada button "KEDAI SAYA" dibahagian atas kiri.
❤ klik pada "TAMBAH PRODUK BARU".

9. Kalau guna laptop atau PC :

❤ klik button "JUAL" dibahagian atas kiri.
❤ akan keluar "Shopee Seller Centre"
❤ klik pada "TAMBAH PRODUK BARU"

10. Gambar mesti CANTIK. Bukan gambar cincai snap gambar atas alas kaki ke, atas selimut ke... Ini tips untuk meraih perhatian customer. Gambar berlatar belakang putih kosong pun boleh. Asalkan nampak rupa produk itu dengan jelas. Ruang untuk gambar ada 9. So penuhkan 9 ruang gambar tu sebab customer suka tengok gambar yang banyak. Kalau letak 1-2 gambar je customer akan boring dan cari penjual lain.

11. Shopee ni paling best berniaga kalau barang tu ada kat tangan kita. Orang order kita terus pos. Customer tak suka tunggu lama. Nak buat pre-order pun boleh. Bergantung pada customer kalau boleh tunggu. Selalunya customer nak cepat.

12. Bila barang yang customer order tu cepat sampai kat tangan dia, customer happy dan akan bagi rate tinggi dan feedback yang bagus dan gempak pada ruangan feedback customer kat kedai kita. Bila kita dapat feedback yang bagus dari customer kita, semakin ramai customer akan shopping kat kedai kita.

13. RATE KEDAI paling memainkan peranan penting. Kalau rate kedai kita tak bagus, customer jarang beli atau tak nak beli bila baca feedback pengalaman customer yang pernah beli dengan kita BAD / POOR dan tidak memuaskan.


14. Antara tips nak dapat rating kedai yang bagus, bagi FREE GIFT pada customer! Ini yang kami laki bini buat pada setiap customer tak kisahlah customer yang beli di FB, Instagram, Telegram, Carousell, WhatsApp atau dimana-mana saja.

15. Bila dah pandai basic jual beli di Shopee, bolehlah belajar hias kedai shopee kita. Kira macam kita hias rumah kita lah nak welcome tetamu mai rumah 🥰

Macam mana nak hias kedai Shopee kita?

1. Buat Voucher kedai atau Voucher Produk. Siapa yang beli sekian-sekian, dapatlah diskaun sekian-sekian.

2. Bagi coins pada customer. Beli sebanyak sekian-sekian, dapatlah collect coins Shopee.

Ini paling basic berniaga di Shopee.
Dah ada ilmu sikit, bolehlah buat Ads.

Sumber dari facebook : Sha Ramson Abdullah

0 Response to "Tips Berniaga Di Shopee Untuk Yang Baru Nak Mula"

Post a Comment