9 Tips Hilangkan Gemuruh Ketika Temuduga



Saya pasti ramai yang mempunyai masalah cemas, gementar dan gemuruh ketika melalui proses temuduga. Semua itu perlu persediaan yang rapi serta keyakinan diri yang tinggi. Ada beberapa tips untuk hilangkan gemuruh ketika proses temuduga yang mungkin boleh membantu anda.




Berikut adalah 9 tips untuk anda hilangkan gemuruh ketika temuduga:

1. Penampilan Yang Baik

Bayangkan apabila penampilan kita baik, apa pandangan pertama oleh pihak penemuduga. Mesti di dalam hati mereka mengatakan anda seorang yang kemas, sopan dan bersih.

Oleh itu pilihlah baju yang ringkas dan warna yang sesuai. Elakkan memakai pelbagai aksesori yang memburukkan mata memandang.

2. Membaca Doa

Bagi anda yang beragama Islam berdoa dan berselawat adalah kunci utama.

Bacalah ayat penenang hati bagi menguatkan lagi semangat dan mohonlah doa agar dipermudahkan proses temuduga. InsyaAllah berjalan lancar dengan izinNya

3. Mendengar Soalan Dengan Teliti

Apabila panel penemu duga bertanya soalan, pastikan anda mendengar soalan tersebut dengan teliti dan sampai habis. Pandang terus pada matanya dan gunakan eye contact untuk menunjukkan bahawa anda faham soalan yang diajukan.

Tunjukkan kepada mereka anda sedang fokus pada soalan ini dan akan meningkatkan keyakinan diri anda untuk berhadapan dengan mereka.

4. Jawab Dengan Tenang Dan Jelas

Selepas tenang mendengar soalan tiba masa untuk anda menjawab soalan. Perkara yang paling utama adalah berfikir dahulu sebelum menjawab soalan.

Namun, jangan mengambil masa yang terlalu lama, ini akan membangkitkan rasa tidak senang panel penemu duga. Jika kali pertama anda dapat menghilangkan rasa gugup, pasti soalan berikutnya anda akan dapat menjawab dengan jayanya.

5. Bertenang Dan Bersemangat

Gemuruh, gugup biasa la memang ada bagi sesiapa saja yang melalui proses temuduga, tapi ambil sedikit masa untuk bertenang dan tarik nafas dalam-dalam serta hembus perlahan-lahan. Tingkatkan keyakinan diri anda.

6. Anggap Panel Penemuduga Bagai Teman Rapat

Selalunya panel penemu duga akan serius ketika menjalankan sesi temuduga. Untuk menghindarkan dari rasa takut atau gemuruh untuk berhadapan dengan mereka, anggap saja mereka adalah orang yang dikenali atau teman rapat anda.

Percayalah perasaan tenang akan hadir jika anda membuat tanggapan sedemikian.

7. Duduk Tegak, Selesa Dan Penuh Yakin

Cara duduk yang tegak, selesa dan penuh yakin dapat memberikan impak atau tanggapan kepada panel penemu duga bahawa anda sudah bersedia untuk bekhidmat dengan mereka. Jangan terlalu menggedikkan kaki atau kerap menggosok-gosokkan tangan.

8. Percaya Pada Diri Sendiri

Jawab sahaja soalan yang diajukan tanpa mempedulikan betul atau tidak tahu, asalkan ianya positif dan revelen dengan soalan.

Anda cuma perlu yakin kepada diri sendiri, kerana adakalanya panel penemu duga hanya ingin menguji tahap keyakinan diri sahaja.

9. Ucapkan Terima kasih

Setelah selesai saja sesi temu duga, ucaplah terima kasih dan lemparkan senyuman manis sebelum anda mengundurkan diri.


Semoga kita semua beroleh manfaat.

0 Response to "9 Tips Hilangkan Gemuruh Ketika Temuduga"

Post a comment