Apa Itu Wahed Invest, Penerangan Ringkas


Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu Wahed invest? Buat pengetahuan anda Wahed Invest adalah satu aplikasi yang membenarkan kita melabur dengan menggunakan aplikasi sahaja. Anda boleh mula melabur dengan hanya Rm100 dan langkah-langkah untuk daftar cukup mudah.

Apa Itu Wahed Invest?

WAHED Inc, syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia, telah menyediakan akses kepada pelaburan Islamik ke lebih 130 negara, termasuk pasaran utama seperti India, Pakistan, Nigeria, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Mengenai platform aplikasi dalam talian tunggal, pelabur boleh menguruskan dana mereka dalam portfolio yang berbeza yang dikaji semula setiap tiga bulan, dipermudahkan oleh proses algoritma dan memerlukan penyeliaan minimum manusia.

Apa Itu Wahed Invest, Penerangan Ringkas

Dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2017 dan diperluaskan ke UK setahun kemudian, app "Wahed Invest" menyediakan pilihan portfolio yang pelbagai kepada pengguna seperti dana AS, sukuk dan dana dagangan bursa (ETF).

Platform ini kini mempunyai sekurang-kurangnya 20,000 akaun di seluruh dunia, dan kini telah tiba di Malaysia - sebuah negara yang mempunyai 19.5 juta orang Islam atau 8.2% daripada jumlah 242 juta penduduk di Asia Tenggara.

Di Malaysia, Wahed adalah antara tiga penasihat robo yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) setakat ini, selain StashAway dan MYTHEO.

Wahed Invest mempunyai 4 orang ahli panel penasihat syariah. Antaranya, ialah Dr. Aznan Hasan, Ahli lembaga shariah AAOIFI, ahli panel penasihat shariah KWSP, dan Maybank Islamik.

Penasihat robo (robo-advisors) adalah kategori penasihat kewangan yang menyediakan nasihat kewangan atau pengurusan pelaburan secara online dengan intervensi manusia yang minima. Mereka memberikan khidmat nasihat kewangan digital berdasarkan peraturan atau algoritma matematik.

Pendek kata, melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu-ragu kerana telah disahkan patuh syariah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Apa Itu Wahed Invest, Penerangan Ringkas

Cara Daftar Akaun Wahed Invest Secara Online

1. Anda boleh sahaja download aplikasi Wahed Invest di Google Play Store untuk Android, ataupun di App Store untuk iOS. Selepas download, buka aplikasi tersebut.

2. Anda akan tiba di laman permulaan. Tekan Get Started.

3. Kemudian, anda akan tiba di laman pertama untuk membuat pendaftaran akaun. Pada Email, masukkan alamat emel anda. Tekan butang biru anak panah kanan di bawah.

4. Pada laman seterusnya, pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum lapan aksara, dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol). Tekan butang biru anak panah kanan di bawah.

5. Kemudian, buka emel anda. Anda akan mendapat kod pengesahan daripada aplikasi ini.

6. Pada Verification Code, masukkan kod pengesahan yang anda dapat pada emel anda. Kemudian, tekan Verify.

7. Anda boleh tekan Resend Code sekiranya tiada kod yang dihantar ke emel anda, untuk aplikasi menghantar kod pengesahan sekali lagi.

8. Pada laman seterusnya, tekan butang Enable Notifications untuk terima notifikasi Wahed Invest Malaysia

9. Kemudian, pada soalan Where do you live?, masukkan Malaysia. Tekan butang biru anak panah.

10. Pada laman seterusnya, untuk soalan Are you a US citizen, resident, or green card holder?, tekan No. Tekan butang biru anak panah.

11. Untuk laman seterusnya, soalan What portfolio suits you best? akan tertera. Soalan ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pelaburan yang sesuai dengan anda. Tekan butang Next.

12. Jawab kesemua soalan yang dipaparkan.

13. Kemudian, pada laman seterusnya, cadangan portfolio yang sesuai dengan anda akan tertera. Anda boleh tekan View Portfolio Details untuk melihat perincian portfolio anda.

14. Pada Portfolio Details, akan tertera prestasi pelaburan anda, dari segi peratusan purata pulangan.

15. Tekan Portfolio Details. Anda akan melihat kategori peruntukan seperti emas dan juga stok Malaysia dalam Wahed Invest. Disertakan juga dalam nilai peratus.

16. Tekan Select This Portfolio.

17. Pada laman seterusnya, tekan Create My Account.

18. Untuk laman seterusnya, pada First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda. Tekan butang biru anak panah.

19. Pada Last Name, masukkan nama akhir/nama keluarga anda. (Nama panggilan dan nama keluarga ini ialah untuk mereka yang bukan beragama Islam. Bagi yang beragama Islam, anda boleh sahaja menggunakan nama panggilan anda di kedua-dua First Name dan Last Name, atau Muhammad pada First Name, dan nama anda yang seterusnya pada Last name, Misalnya, Muhammad pada First Name, dan Fadzil pada Last Name). Tekan butang biru anak panah.

20. Pada laman seterusnya, untuk What is your birth date?, masukkan tarikh lahir anda. Tekan butang biru anak panah.

21. Untuk laman seterusnya, pilih sama ada rumah anda ialah rumah apartment/rumah flat (Apartment), atau rumah sebiji untuk House.

22. Jika Apartment, masukkan perincian alamat anda pada Flat Number, Building Name, Building Number, dan Street Name.

23. Jika House, masukkan maklumat pada House Number, Street Name, City, dan Zip/Postal Code (optional). Tekan butang biru anak panah.

24. Pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon anda pada ruangan Phone Number. Tekan butang biru anak panah.

25. Kemudian, anda akan mendapat SMS daripada Wahed yang mengandungi kod pengesahan.

26. Pada laman seterusnya, masukkan kod pengesahan ini di Verification Code. Sekiranya anda tidak mendapat kod ini, tekan Resend Code. Jika masih tidak berkesan, tekan Call me.

27. Kemudian, pada laman seterusnya, terdapat beberapa soalan mengenai diri yang perlu anda tanda.

28. Tekan butang Next.

29. Masukkan referral code " muhche78 " untuk anda dapatkan Rm20 (selepas anda depositkan pelaburan Rm100)

30. Kemudian, pada laman seterusnya, tick pada I accept all terms and agreements.

31. Tekan butang Open My Account.

32. Pendaftaran akaun Wahed Invest kini sudah berjaya.

33. Anda akan diminta untuk verifikasi identiti. Anda perlu tangkap gambar depan dan belakan serta selfie video.

34. Kemudian bukti alamat juga diperlukan, anda boleh amik gambar bil-bil atau lesen.

35. Seterusnya anda boleh depositkan Rm100 atau lebih.

Download Di Smartphone Anda

Sangat mudah, anda perlu mendaftar melalui smartphone anda. Download aplikasi Wahed Invest

Google Play Store
Untuk Android

App Store
Untuk IOS

Kelebihan Wahed Invest:

1. Pelaburan yang telah disahkan patuh syariah dan dikawal selia oleh panel syariah

2. Pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekutriti (SC)

3. Aplikasi Investment Robo-Advisory iaitu kita hanya perlu menjawab 8 soalan yang diberikan dan kita akan dicadangkan portfolio yang bersesuaian oleh sistem Wahed Invest.

4. Pendapatan yang kompetatif sekitar 5-10% bergantung kepada portfolio yang dipilih

5. Fee pelaburan yang rendah

6. Duit pelaburan boleh dikeluarkan bila-bila masa (tetapi mengambil masa 1-2 minggu untuk masuk ke dalam akaun bank)

Selamat mencuba dan berjaya.

0 Response to "Apa Itu Wahed Invest, Penerangan Ringkas"

Post a comment