Cara Mudah Tambahkan Follower Instagram Berlipat Kali Ganda


Kenapa dan bagaimana untuk menambahkan followers di Instagram? Selalunya orang yang inginkan followers yang ramai ini terdiri dari usahawan online dan juga orang yang inginkan pengaruh.

Bila dah ramai followers atau Instafamous orang cakap, setiap kali buat post puluhan ribu orang akan like dan komen. Gila..!! Kagum dan bangga kejap, haha tapi jangan berlagak sangat ok. Sedikit cara untuk menambahkan Follower di Instagram.

Cara Mudah Tambahkan Follower Instagram Berlipat Kali Ganda

Like Gambar

Salah satu cara untuk tingkatkan followers instagram adalah dengan like gambar rakan anda sebanyak yang mungkin. Kemudian pergi bahagian explore, disitu ada banyak gambar yang famous dan owner akaun tersebut selalunya mempunyai ramai pengikut.

Berkemungkinan sebahagian daripadanya akan menjadi followers anda. Anda share la gambar yang anda minat, contoh makanan ,tempat yang korang ingin pergi, atau apa apa barang dengan meletakkan hashtags.

Kalau gambar anda tentang makanan roti canai gunakan hashtags #roticanai #foodlovers pilih hashtags yang popular. Kalau nak lagi cepat untuk dapatkan followers letakkan hashtags #followme #instadaily

Komen Gambar

Takkan like saja kot, kita komen la sikit gambar yang orang lain post tu. Sedikit sebanyak mereka akan lebih suka kita dan mengeratkan silaturrahim. Dari situ akan timbul perasaan ingin follow instagram anda. Komen yang beremosi atau memberi impak penghargaan terhadap post tersebut.

Post Gambar Menarik Berserta Lokasi

Instagram adalah 90% gambar dan gambar anda perlu menarik, berkualiti, bermaksud dan beremosi. Jika gambar anda menunjukkan suatu tempat yang menarik anda perlu sertakan lokasinya.

Orang lain yang berdekatan dengan lokasi ini akan dapat melihat post anda dan mungkin juga mengikuti anda!
Anda juga boleh Geotag gambar di lokasi yang lebih dikenali, seperti New York, Paris atau Rome.

Beribu-ribu orang mencari gambar-gambar lokasi ini setiap hari, jadi post anda akan dapat dilihat oleh orang-orang dari seluruh dunia! Geotagging juga membantu untuk menambah keaslian ke akaun anda, menjadikan ia lebih manusia dengan menekankan hakikat bahawa anda benar-benar ada.

Post Setiap Hari Pada Waktu Yang Betul

Post setiap hari atau kerap tetapi jangan terlalu kerap. Ia sangat penting untuk menjadi benar-benar aktif di Instagram dan untuk kekal selaras dengan trend semasa. Post 1 dan 3 gambar sehari tu pun dah ok.

Jangan post terlalu banyak gambar lebih daripada satu gambar pada satu masa. Bagi Instashop waktu post adalah penting untuk mendapatkan engagement yang tinggi.

Lengkapkan Profile

Buat profile yang unik dan menarik atau menunjukkan peribadi anda. Orang tak akan follow akaun yang mempunyai profile kosong. Buat bio profile anda selengkapnya, jika ada hashtag tersendiri letakkan. Anda juga boleh meletakkan link website atau blog di bahagian profile.

Hubungkan Ke Rangkaian Sosial Media Yang Lain

Hubungkan akaun Instagram anda dengan rangkaian sosial media yang lain seperti Facebook, dan sebagainya. Jika anda seorang pengguna gemar pelbagai rangkaian sosial media, maka ia adalah satu idea yang baik untuk menaikkan jumlah follower Instagram anda.

Ini bermakna bahawa setiap kali anda hantar gambar pada Instagram, ia juga akan muncul di akaun anda yang lain. Ini akan menyebabkan post anda tersebar dengan lebih luas.

Gunakan Hashtag

Gunakan hashtag yang berkaitan dengan gambar anda. Ini kerana penggunaan hashtag yang betul pada setiap gambar yang anda post membolehkan post anda dijumpai oleh ribuan pengguna instagram.

Sebagai contoh, jika anda menyiarkan gambar matahari terbenam, anda boleh mengunakan hashtag seperti "#sunset #beautiful dan #maurelaxjer.

Follow Follower Dari Insta Famous

Cari mana-mana Insta Famous dan follow pengikutnya. Kebanyakkan orang yang follow Insta Famous ni selalu aktif di Instagram, jadi peluang anda untuk menambahkan follower adalah tinggi.

Bagi Instashop ada pelbagai cara untuk menambahkan follower di Instagram seperti mengadakan contest, paid review dan sebagainya.

Jangan lupa kongsikan artikel ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.

0 Response to "Cara Mudah Tambahkan Follower Instagram Berlipat Kali Ganda"

Post a comment