About



Assalamualaikum WBT dan salam perkenalan buat anda semua.

Selamat datang saya ucapkan pada anda yang sudi ke laman blog saya.


Saya Muhamad Mahyuddin, dengan nama samaran Din Kacak. Saya merupakan penulis blog ini, berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Bermula dengan suka-suka...

Saya berkecimpung untuk menulis blog ini pada tahun 2014 kalau tak silap saya. Blog ini adalah blog kedua saya.

Saya akui pada permulaan penulisan saya agak kurang menarik, dan setelah dua atau tiga tahun saya menulis di blog saya rasa ianya dapat memberi impak yang besar pada diri dan orang lain.

Alhamdulillah...

Secara tak langsung saya telah membantu para pencari maklumat dan memudahkan kerja orang. Satu perasaan yang agak sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Harapan..

Saya berharap semoga blog ini akan terus kekal dan terus dapat memberi manfaat pada orang ramai.

Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terus memberi sokongan pada saya dan blog ini.

Ikhlas
Din Kacak

0 Response to "About"

Post a Comment